betul.saya tidak mengetahuinya.

Sengal badan terasa. Sakit. Ya, sudah semestinya. Nafsu tidur, akanku perangi. Berat ya selimut tebal ini. Tidak. Lawan mesti lawan. Bukankah Allah menyukai hambanya yang kuat berbanding lemah. Bangkit oi. Air itu. Sesejuk salji lah. Tidakk. Itu bisikan syaitan semata.
Seperti selalunya. Makanan rohani menjadi pilihan. Pembuka hari mendapat keberkatan. Kelas agama moga menjadi panduan.Hari ini bukan seperti semalam. Solat jenazah penutup medan. Siapa ya? Moga ditempatkan dalam kalangan insan beriman. Berbisik hati ini dalam diam.

Semalam yang berlalu tidak kan ku kenang. Semalam itu hari nya dia. Semalam itu kenapa aku berdiam. Semalam itu juga mengapa dibiarkan. .Perbualan itu menjadi hairan, ku terima karangan milik kisah seseorang. Pilu, sedih airmata ingin bergenang. Akan ku post nanti jikalau hati sudah tenang. Kernanya jasad ini masih lemah perlu sokongan..


Ye. Mengapa perlu sedih? Lupa.lupa.lupakan! bangkit . jangan biar ia lemah.. ok2…baiklah. Kita tukar topic lain.

Keroncong berbunyi minta diisi. Masakan tidak, sedari pagi hanya angin memenuhi. Sebentar lagi kelas tambahan perlu dihadiri. Baju tudung pelengkap diri. Tajuk heart masih perlu dibaiki. Eh, tidak sedar masa terus berlari. Maghrib datang mencari insani. Semua teman sudah pun pulang ke rumah sendiri. Tinggal diri ini terkapai menyendiri, kerana kelas seterusnya menanti.

Kaki dihayun kemasjid berdekatan. Aik. Musykil ya, dewan wanita mengapa tiada? Langkahku lemah longlai tidak bertenaga. Ya Allah,kemana dahiku ingin sujud bertemu bumi alam semesta? Sudah nya, hati berkata. Naik semula ke kelas atas dan jangan berkira dimana tempatnya. Ku buka lampu. Kerusi meja ku ketepikan.Jaket biru menjadi hamparan . Moga lantai ini menjadi saksi segala. Moga lagi Allah menerima solat hambu mu yang hina.

Bukan apa. Solat diawal waktu menjadi pilihan utama kerna takutnya azab menanti tidak kira. Ape. Tak percaya? Hmm.. begini caranya. Cuba try sekali dua. Sungguh. Tunaikan kewajipan yang satu di awal waktu effect kebaikan nya banyak kepada kita. Tak kan Allah ingin menipu daya. Kan3.. lagi satu. Biarlah doa menjadi dinding utama. Bukan nak cakap diri ini sudah sempurna, malahan tidak, masih muda hina sentiasa. Cumanya ingin berkongsi kiasan rasa. Sungguh. Doa itu, kan senjata kita. Jadi, mengapa perlu solat sahaja tanpa diiringi doa. Allah menganggap kita sombong manusia.

Kali ini post bersifat kesederhanaan. Tiada gambar penghias muka. Semuanya berdasarkan hati nurani seorang insan biasa. Kenapa dengan aku sejak sehari dua. Aku tidak mengetahui, hanya Al-khalik itu Maha berkuasa. Cumanya menyimpan didalam hati bukan kepungan biasa…

4 Response to "betul.saya tidak mengetahuinya."

  1. H. Iman says:
    February 23, 2009 at 11:54 AM

    anda di tag.!!!
    sile ke page saye!

  2. H. Iman says:
    February 23, 2009 at 12:08 PM

    anda di tag!!
    sile ke page saye!

  3. [sakuradila] says:
    February 25, 2009 at 7:34 AM

    wani syg...
    nape ni..
    whatever it is...
    be strong...
    believe in Allah dearie...

  4. dealova says:
    February 26, 2009 at 2:05 AM

    huhu..
    yup..
    im always!!!
    tetudih!
    tempatkan tuhan di hati...

Related Posts with Thumbnails