al-kisah maka tersebutlah kisah...
terdapat sebuah kerajaan yang mana kehidupan rakyatnye begitu aman damai cemerlang gemilang terbilang gitu..oh,name kerajaan ini dirahsiakan. sudilah hamba hanye menyebut kerajaan MC.
walaupun rakyatnye makan bak kais pagi mkn freinds kais ptg makan kt umah, tetapi kehidupan mereka mmg sejahtera.
Lihat sahaja rakyat2 MC ini, begitu gembira sekali kehidupan mereka kan? walaaupun pg ptg bekerja, menjabak sawah dan padi,menanam bawang merah dan membolong biji mak timah tetapi mereka tetap gembira..tengok tu. gambar ini sahaja, snyum sampai telinga, sudah cukup beritahu kite mereka bahagia.
kerajaan ini diperintah oleh seorang raja yang tidak memakai spek, garang dan tegas sekali.. walaupun badan gagah-x gagah,tetapi pd dasar hatinye begitu kental kuat dalam pemerintahan kerajaan takluknye. beliau Raja al-Moukhsin Durian Sebatang mempunyai cita2 besar utk membawa pemerintahannya ketahap paling tinggi, kayaknye ingin bersama2 menuju kejayaan. sesiapa yng mnghalang niat suci murni tersebut, AWAS!
permaisuri bg kerajaan tersebut merupakan orang kuat raja. dimana ade raja, disitu ade permaisuri [op cos la kan].. baginda sangat2 dedikasi terhadap tugasnye..meskipun tugas permaisuri hanyalah duduk goyang kaki,menghias diri,dan melayan anakanda2 seperti yang tertakluk pada Perlembagaan MC Kurun 21, tetapi beliau tidak..segala kerja yang dilakukan raja,pasti permaisuri turut membantu.. oh,ini adalah Permaisuri al-Najibah Santek Sun.
Arakian selama 3tahun hidup bersama, tibe2 dtg satu musibah kepada penduduk MC tersebut..hujan yang panjang tibe2 kemarau berlaku. angin mengganas disana sini.ribut taufan disini sana.. 2 musuh dari kerajaan Bawah Pasir ingin merancang sesuatu yang jahat! mereka ingin mencemari kejahseteraan kerajaan mC![dlm gaya ketakutan 2-2 tgn kt mulut, hyperventilation dan mata mydriasis..ha,camtu =.="]
malam tersebut: 'wahai rakyat jelata, mlm ini beta ingin membuat mesyuarat!' perintah raja tiada siapa berani lawan.
mesyuarat dimulekan dengan begitu semangat sekali.. plan dan perancangn diketuai oleh Panglima al-Aiman. segala tindak tanduk, cara berperang dan taktik2 utk menang diperbentangankan begitu smooth..'kite mesti menang!'. ye, itu sahutan rakyat jelata MC.
Maka,bergeraklah semua tentera2 perang... dengan menaiki kereta kebal lengkap dgn 45seat, dengan senjata M16, machinegun, parang,pedang pisau,dan makanan2 potluck dr umah maka berjalanlah mereka..
Seperti biasa, sebelum memulakan sesuatu yang besar, makanan rohani diberikan terlebih dahulu agar para tentera akan kekal tabah tegar tegas menghadapi musuh ketika berlawan nanti.. Panglima Al-hairiezal dipilih kali ini utk mengetuai doa dan sedikit munajat agar dipermudahkan perjalanan..
Setelah ditiupkan semangat ke setiap hati jiwa raga, maka tentera2 amat bertenaga sekali utk meneruskan perjuangan... haip, jgn perkotak katikkan kesungguhan mereka. genggam bara api biar sampai tangan melecur.
mereka dlm bahaya! musuh dpt menghidu dimana MC berada!
'tidak mngapa. jangan khuatir sahabatku..hamba tidak akn sesekali melepaskan tugas hamba sbg pengintip.. tentera sekaliannn, ambil tempat sekarangg jugaaa!'. teriak Panglima Duon
'BAIKKK!! patik sudah lame bersedia disini!'. balas Panglima Al-haziem..Panglima ini terpaksa menaiki unta utk mengaburi pihak musuh bahawasanye beliau adalah tourist yang dtg, bukan utk berperang. Pada mulenye ingin menyamar menjadi org UK,tp malangnya serban merah tersebut cukup mengatakan beliau dr pakistan.
beliau ditugaskan utk menjaga disekitar penjuru 45' dr kutub utara.. senyuman beliau sudah cukup beritahu kite bahawasanye beliau sgt2 bersedia. beliau bukan shj hebat berperang di medan peperangan,medan peperiksaan, medan majlis mkn2..kayaknya, beliau memang sentiasa bersedia dalam ape jua keadaan .mempunyai Sifat humble [jika beliau mengatakn 'tidak ready, takut dan sewaktu dengannye] kadang2 amat x masuk akal , jgn sesekali mempercayai.kerana ,sebenanrye beliau lebih dr sedia.T__T
Oh. kedua-dua puteri ini turut sekali dlm peperangan.. iye,mana tidaknye, kasih syg yang tidak bertepi terhadap kerajaan MC membuatkn mereka begitu kental utk menyahut seruan kerajaan.. alang-alang menyeluk pekasam biar sampai jadi asam [jgn letak gule,nnti dah x rase asam dye].
puteri hang li-po dan puteri Rapunzel ditugaskan menjaga 2 kubu agar tidak diketahui pihak musuh.
Akhirnya..
'kemana hamba mahu melarikan diri? semua tempat ini sudah dikepung!!' jerit panglima Al-khaliefah... yes. at last ketua panglima ini dapat menangkap seorang drpd musuh tersebut.
tidak ketinggalan panglima al-aiman aka ketua perancangan juge dengan tangkas sekali menumbuk bertuli2 menyepak bertali2 musuh tersebut.. kedegilan pihak musuh amat menggeramkan!
atas nasihat raja, mereka perlu menanam musuh yang setakat ini dapat ditewaskan..
sementelah yang lain,masih berkungtus mulus dalam melawan musuh
panglima al-luo yang menjaga sudut 180' dr arah barat daya sudah mule kebosanan kerana musuh tidak sampai ketempatnye.beliau menelefon puteri diseberang menanyakan perihal kesihatan haiwan kesayangannye si kusing.
puteri hangli-po tidak putus doa dan harap...'ya allah, berkatilah kerajaan Mc ini..'
dengan semangat luar biasa hebat, semua musuh dpt ditewaskan..alhamdulillahh!!
kesemua musuh diperintahkan oleh raja utk ditahan didalam gua semntara menunggu waktu malam dan bergerak pulang ke kampung halaman.
walaupun mereka puteri,tetapi mereka membuktikan mereka juge boleh!. yg ptg jgn putus asa..
mereka telah mengalahkan sorg puteri dr pihak musuh yang mnggunakan kuasa sihir yang dilarang oleh Allah s.w.t
alhmdulillah. sudah dikebumikan mayatnye.. mayat tersebut ditanam bersebelahan dgn piramid yang paaaling besar.
'yayyyyy kite menangggg!!'.. para tentera melompat kegembiraan dan kegirangaan...
alhmdulillah...
dan kerajaan Mc pun kembali aman seperti sedia kala...
Raja mengingatkan agar kite sume saling membantu, bekerjasa tidak kire dlm ape jua keadaan.. 'kalian rakyat jelataku, peperangan ini bukan lah peperangan terakhir bagi kite..', ujar Raja.
peperangan MC kedua bakal berlaku pada 20hb ini..maka, bersiap sedialah kite..=)
PS- jap. bile bace balik nk gelak.hahaha!..semua name diatas adelah bukan nama sebenar. harap maklum .
PS- trimas diatas gambar2 tersebut...T_T