pemuda pemudi yang segak kasak santek sun



al-kisah maka tersebutlah kisah...

terdapat sebuah kerajaan yang mana kehidupan rakyatnye begitu aman damai cemerlang gemilang terbilang gitu..oh,name kerajaan ini dirahsiakan. sudilah hamba hanye menyebut kerajaan MC.
walaupun rakyatnye makan bak kais pagi mkn freinds kais ptg makan kt umah, tetapi kehidupan mereka mmg sejahtera.


Lihat sahaja rakyat2 MC ini, begitu gembira sekali kehidupan mereka kan? walaaupun pg ptg bekerja, menjabak sawah dan padi,menanam bawang merah dan membolong biji mak timah tetapi mereka tetap gembira..tengok tu. gambar ini sahaja, snyum sampai telinga, sudah cukup beritahu kite mereka bahagia.

 



kerajaan ini diperintah oleh seorang raja yang tidak memakai spek, garang dan tegas sekali.. walaupun badan gagah-x gagah,tetapi pd dasar  hatinye begitu kental kuat dalam pemerintahan kerajaan takluknye. beliau Raja al-Moukhsin Durian Sebatang mempunyai cita2 besar  utk membawa pemerintahannya ketahap paling tinggi, kayaknye ingin bersama2 menuju kejayaan. sesiapa yng mnghalang niat suci murni tersebut, AWAS!


permaisuri bg kerajaan tersebut merupakan orang kuat raja. dimana ade raja, disitu ade permaisuri [op cos la kan].. baginda sangat2 dedikasi terhadap tugasnye..meskipun tugas permaisuri hanyalah duduk goyang kaki,menghias diri,dan melayan anakanda2 seperti yang tertakluk pada Perlembagaan MC Kurun 21, tetapi beliau tidak..segala kerja yang dilakukan raja,pasti permaisuri turut membantu..  oh,ini adalah Permaisuri al-Najibah Santek Sun.



Arakian selama 3tahun hidup bersama, tibe2 dtg satu musibah kepada penduduk MC tersebut..hujan yang panjang tibe2 kemarau berlaku. angin mengganas disana sini.ribut taufan disini sana.. 2 musuh dari kerajaan Bawah Pasir ingin merancang sesuatu yang jahat! mereka ingin mencemari kejahseteraan kerajaan mC![dlm gaya ketakutan 2-2 tgn kt mulut, hyperventilation dan mata mydriasis..ha,camtu =.="]

malam tersebut: 'wahai rakyat jelata, mlm ini beta ingin membuat mesyuarat!' perintah raja tiada siapa berani lawan.


mesyuarat dimulekan dengan begitu semangat sekali.. plan dan perancangn diketuai oleh Panglima  al-Aiman. segala tindak tanduk, cara berperang dan taktik2 utk menang diperbentangankan begitu smooth..'kite mesti menang!'. ye, itu sahutan rakyat jelata MC.

Maka,bergeraklah semua tentera2 perang... dengan menaiki kereta kebal lengkap dgn 45seat, dengan senjata M16, machinegun, parang,pedang pisau,dan makanan2 potluck dr umah maka berjalanlah mereka..




Seperti biasa, sebelum memulakan sesuatu yang besar, makanan rohani diberikan terlebih dahulu agar para tentera akan kekal tabah tegar tegas menghadapi musuh ketika berlawan nanti.. Panglima  Al-hairiezal dipilih kali ini utk mengetuai doa dan sedikit munajat agar dipermudahkan perjalanan.. 


Setelah ditiupkan semangat ke setiap hati jiwa raga, maka tentera2 amat bertenaga sekali utk meneruskan perjuangan... haip, jgn perkotak katikkan kesungguhan mereka. genggam bara api biar sampai tangan melecur.

 


mereka dlm bahaya! musuh dpt menghidu dimana MC berada!



'tidak mngapa. jangan khuatir sahabatku..hamba tidak akn sesekali melepaskan tugas hamba sbg pengintip.. tentera sekaliannn, ambil tempat sekarangg jugaaa!'. teriak Panglima Duon


'BAIKKK!! patik sudah lame bersedia disini!'. balas Panglima Al-haziem..Panglima ini terpaksa menaiki unta utk mengaburi pihak musuh bahawasanye beliau adalah tourist yang dtg, bukan utk berperang. Pada mulenye ingin menyamar menjadi org UK,tp malangnya serban merah tersebut cukup mengatakan beliau dr pakistan. 

beliau ditugaskan utk menjaga disekitar penjuru 45' dr kutub utara.. senyuman beliau sudah cukup beritahu kite bahawasanye beliau sgt2 bersedia. beliau bukan shj hebat berperang di medan peperangan,medan peperiksaan, medan majlis mkn2..kayaknya, beliau memang sentiasa bersedia dalam ape jua keadaan .mempunyai Sifat humble [jika beliau mengatakn 'tidak ready, takut dan sewaktu dengannye] kadang2 amat x masuk akal , jgn sesekali mempercayai.kerana ,sebenanrye beliau lebih dr sedia.T__T



Oh. kedua-dua puteri ini turut sekali dlm peperangan.. iye,mana tidaknye, kasih syg yang tidak bertepi terhadap kerajaan MC membuatkn mereka begitu kental utk menyahut seruan kerajaan.. alang-alang menyeluk pekasam biar sampai jadi asam [jgn letak gule,nnti dah x rase asam dye].

puteri hang li-po dan puteri Rapunzel ditugaskan menjaga 2 kubu agar tidak diketahui pihak musuh.



Akhirnya..  

'kemana hamba mahu melarikan diri? semua tempat ini sudah dikepung!!' jerit panglima Al-khaliefah... yes. at last ketua panglima ini  dapat menangkap seorang drpd musuh tersebut.



tidak ketinggalan panglima al-aiman aka ketua perancangan  juge dengan tangkas sekali menumbuk bertuli2 menyepak bertali2 musuh tersebut.. kedegilan pihak musuh amat menggeramkan!



atas nasihat raja, mereka perlu menanam musuh yang setakat ini dapat ditewaskan.. 

sementelah yang lain,masih berkungtus mulus dalam melawan musuh

panglima al-luo yang menjaga sudut 180' dr arah barat daya sudah mule kebosanan kerana musuh tidak sampai ketempatnye.beliau menelefon puteri diseberang menanyakan perihal  kesihatan haiwan kesayangannye si kusing.


puteri hangli-po tidak putus doa dan harap...'ya allah, berkatilah kerajaan Mc ini..'



dengan semangat luar biasa hebat, semua musuh dpt ditewaskan..alhamdulillahh!!

kesemua musuh diperintahkan oleh raja utk ditahan didalam gua semntara menunggu waktu malam dan bergerak pulang ke kampung  halaman.

 


walaupun mereka puteri,tetapi mereka membuktikan mereka juge boleh!. yg ptg jgn putus asa..

mereka telah mengalahkan sorg puteri dr pihak musuh yang mnggunakan kuasa sihir yang dilarang oleh Allah s.w.t




alhmdulillah. sudah dikebumikan mayatnye.. mayat tersebut ditanam bersebelahan dgn piramid yang paaaling besar.


'yayyyyy kite menangggg!!'.. para tentera melompat kegembiraan dan kegirangaan...

alhmdulillah...



dan kerajaan Mc pun kembali aman seperti sedia kala...

Raja mengingatkan agar kite sume saling membantu, bekerjasa tidak kire dlm ape jua keadaan.. 'kalian rakyat jelataku, peperangan ini bukan lah peperangan terakhir bagi kite..', ujar Raja.

peperangan MC kedua bakal berlaku pada 20hb ini..maka, bersiap sedialah kite..=)



PS- jap. bile bace balik nk gelak.hahaha!..semua name diatas adelah bukan nama sebenar. harap maklum .

PS- trimas diatas gambar2 tersebut...T_T

14 Response to "pemuda pemudi yang segak kasak santek sun"

  1. esteqqama says:
    January 11, 2011 at 12:09 AM

    haha..lawak2..
    certa menarik pasal MC..hehe..

    wani2..pandai2nyeer mreka..

    ni mesti boring2 bljr kan??ahah..

  2. Azura Yasin says:
    January 11, 2011 at 2:43 AM

    waniiiii siyes lawak post ni HAHAHAHAH job well done! :D

  3. Anonymous Says:
    January 11, 2011 at 4:25 AM

    Aduhai,pandai sungguh wani bercerita.Boleh jadi penglipur lara.Kelakar.haha.Gambar sesuai pulak dengan cite.Haa,lagi satu.tak guna nama sebenar tapi semua nama pun nak sama dengan nama sebenar.huhu.
    Pape pun,cun la cite ni.Semoga kerajaan MC terus mantap :PPPP

  4. dealova says:
    January 11, 2011 at 5:41 PM

    bese aa tuu esteq..kate wanigurl T_T..

    Kakzuraa.haha..agak aaa. nk letak byk lg gambar, tp tenet ni lombap plak hai.

    cik raihai..hihi...sy mmg penglipur lara y stia.aww <3

  5. Mansoura Malaysian Basketball Club says:
    January 12, 2011 at 1:47 AM

    ni boleh masuk buku hikayat marang merapu kepunden marang skeper ni..

    all the best for the exam wani

    from anterior laterally

  6. dealova says:
    January 12, 2011 at 3:38 AM

    anterior laterally?
    ehem..cam kenai..

    same goes.
    fighting!! <3

  7. Fawwaz says:
    January 12, 2011 at 10:17 AM

    waaah kerajaan MC diperintah oleh seorang raja yang sangat kacak bergaya dan tampan sekali dalam gambar (ape kerja tiba tiba puji Muhsein melangit ni? erk, kalau Muhsein bace, boleh suruh belanja ketchup ni. :P)

    oh wani yang satu, saya memahami perasaan mu, semakin dekat nak exam, semakin otak macam nak makin kreatif menulis cerita segala bagai, ini lah dpanggil pre-exam stress. hehe, selamat berjuang untuk peperiksaan !

    SNSD hwaittinng!!

  8. dealova says:
    January 12, 2011 at 12:49 PM

    tah la fawaz.sy pun x tau dye bace ke x. rsenye dye bz stdy tuu =ppp..

    hihi..bukan prestress awk.mslhnye, x stress lgsg.hi3.. nak2 exam ni xbek stress2,nnti lg jiwa kacau kan susah, lek2 ja..<3.

    otak sy mmg kreatip bnda2 camni.dulu kalo buat krgn pun mesti ckgu smpai melompat2 bace.hi hi hiii

  9. Fawwaz says:
    January 12, 2011 at 4:54 PM

    erk.. koya blana awak ni wani, sampai saya betul betul membayangkan cikgu awak melompat lompat membaca karangan awak. haihh.

    tak jadi lah saya nak puji melangit macam saya puji muhsein kalau macam tu. bweek.. :P

  10. dealova says:
    January 12, 2011 at 5:12 PM

    haha...
    dop.sy bukan koya. tp ini kenyataan.ckgu melompat2 bile bace krgn sy.mane x geramnyenye, dgn pelbagai vocab baru,ejaan baru, dan tatabahasa yang cantik menarik tertarik ko mmg da bomb, ckgu yang hypo pun leh jadi hypertension trus.nga3..
    ala, exam kecik2 je sy camni,exam final sy buat krgn btui2 la.hik3

  11. Luwoh says:
    January 12, 2011 at 11:34 PM

    salam..
    gagaga..menarik gilo post..
    bole la tulis novel plak..
    tapi kene g perang tempat jauh2 la..
    turkey ke? uk ker?
    gagagga
    wassalamw

  12. dealova says:
    January 12, 2011 at 11:53 PM

    eleh.
    tau la org tu nk p turki winter ni.ke Uk. WAH~! =PP

    Btui2.. rasenye lpas ni tmpt perang bia jauh2 sikit. yang jnis kt angkasa2 plak..wow!

  13. warna kehidupan.. says:
    January 17, 2011 at 4:33 PM

    salam wani..

    lawak sungguhla post ni...=D

    disarankan buat semua rakyat mc,baca post ni untuk hilangkan sedikit tekanan untuk mnghadapi perang pd 20/22/24/26 ni..

    patik sungguh terhibur membaca hikayat ni..

    (^_^)all da best dear..

  14. dealova says:
    January 17, 2011 at 7:53 PM

    kak imaaaaa.haha.
    saya pun same. buhsan2 tu kan kalo bace balik ya allah ya tuhanku.kerajaan ni btui2 mcm dlm game perang2.haha

Related Posts with Thumbnails